Kesibukan membataskan luang waktu utk saya memblog di sini. Hanya blog Mencah yang sempat di update.
Sampai lain ketika, daaa!!
.
90% cubaan untuk menguruskan badan GAGAL.
Sebab utamanya adalah kerana memilih jalan yang salah.
JANGAN sesekali anda terperangkap dan termasuk dalam peratusan ini!
Jalan Salah #1
Kurangkan makan seperti tidak makan malam.
Kesan: Otot mengecut, air dalam badan mengurang dan kadar metabolisma turun mendadak. Lemak masih kekal.
Keputusan: Kurus sekejap, semua KG yang hilang datang kembali bersama beberapa KG lagi sebagai saguhati.
Jalan Salah#2
Ambil pil pelangsingan.
Kesan: Selera makan langsung hilang, loya, pening-pening, jika tersalah ambil, kesihatan terjejas.
Keputusan: Kurus sekejap, jika berhenti ambil pil, selera makan datang kembali dan gemuk semula.
Jalan Salah#3
Makan buah-buahan sahaja.
Kesan: Badan menjadi kurang bertenaga kerana nutrisi tidak lengkap dan seimbang. Tekanan kerana terpaksa makan makanan yang sama berulang-ulang.
Keputusan: Diet tidak kekal lama, mudah berputus asa!
.
.
Breakfast kat umah : 2 keping roti + cheddar cheese + mayonaise. Tetiba nenek onah masak pulak mee goreng basah, ambik berkat sepiring di pagi hari....
Morning break : seketul serimuka dan 2 ketul karipap + teh tarik
Lunch : Daging masak lemak+ sayur campur + ikan goreng + air ape tah (manis yg amat!)
MR minum yg perisa halia.
Tak habih pon sekeping tu MR makan, tapi rasa bersalah yg amat...huhuhu.
Anda bayangkan, dulu boleh kata tiap-tiap pagi MR bantai nasik lemak telur goreng nih kat opis! Walaupon perut tak selapar mana sebab dah breakie kat umah.
Tengahari lak MR layan plak nasik campur mcm ni. Take note, nasik MR lebih byk dr gambar hiasan dia ats tu taww... dengan kuah kari banjir nyer.. huhuhu..berapa juta kalori sudah masuk perut kan?
Hurmmm... lazat kan? (ikhlas ker haku neh??)
Gambar cilok dr internet.
Sebijik mcm ni bagu girdle MR tu. Ni gambor MR cilok dr internet. Nanti MR tepek actual girdle yg MR punya ekk.
Lepas cili boh ni habis, MR nk beli losyen mustajab Nadia Chantik plak. Harap2 boleh cantik melentuk mcm Nadia Mustafar si artis tu. Nnt MR tunjuk gambar krim tu ekk.