BERAPA BERAT MR?

1 Nov 2009 : 83
kg
8 Nov 2009 : 83.5kg
16 Nov 2009 : 84kg
23 Nov 2009 : 83kg
7 Dis 2010 : 98kg
13 June 2011 : 99
kg
20 June 2011 : 97kg
27 June 2011 : 96.2kg
4 July 2011 : 94.3kg
11 July 2011 : 94.4kg
18 July 2011 : 94.5kg
25 July 2011 : 94kg
1 Aug 2011 : 93.8kg
8 Aug 2011 : 93.3kg
15 Aug 2011 : 91.7kg
11 Jun 2012 : 100.6kg
17 Jun 2012 : 97.3kg
24 Jun 2012 : 95.9kg
1 July 2012 : 97.2
8 July 2012 : 95.7
15 July 2012 : 95.5
25 July 2012 : 95.5
8 Aug 2012 : 91.9














Showing posts with label 99 DAYS. Show all posts
Showing posts with label 99 DAYS. Show all posts

Sunday, November 22, 2009

PENURUNAN ATAU KENAIKAN YANG TIDAK KETARA

Pergerakan jarum masih belum jelas. Masih di takuk sama.


83 kilo. Kuciwa? Ada la sikit2. Minggu lepas beria dok sukat makan. Asyik mkn roti dan sayur-mayur [dah rope kambing haa] sampai pengeluaran susu pon terbantut. Hurrmmm... nak kena tukar strategi kewwrr...


Monday, November 9, 2009

500g

 .
Well actually bukanla exactly naik 2 kilo. Lepas Makcik snap gambar ni, Makcik suruh Pakcik korang verify jumlah kenaikan sebenar. Pakcik kata 83.5 kilo. Tapi dia suh buat bundaran terhampir. Sebab penimbang ni analog. Kalau digital, entah-entah memang dah jadi 85 kilo. Hohohoho. Kejam kan? Maka jadilah berat semasa Makcik utk hari ini - 85 kilo.




Tuesday, November 3, 2009

99 HTN - DAY 2

.

Roti, Milo dan kuih raya! [sapa suruh biskut2 raya tu duduk ataih meja!]

Lewat petang, bantai popia goreng, sosej dan kopok.

Ngap jugak apple sebijik.

**Tunggang langgang, tak mkn nasik tapi hantam semua mender lain yg nampak depan mata. Kurang minum air masak. Takde buat exercise apa pon lagi

Monday, November 2, 2009

BIG PLATTER FOR 3

We had this for brakfast today.



2 types - ada yang letak tuna spread dan ada yang bakar letak butter.

Azam harini, takmau pandang beras, bau beras, dengar bunyi beras - Nanti terbayang nasik! Hohoho...
Si bibik pon Makcik dah pesan, masak nasik cukup2 utk dia dan Mencah saja.

AKU ADALAH DIET!!



Sunday, November 1, 2009

SENGIH 1 NOVEMBER


.
Hehehehe [sengih lagi]

Sengih ada makna.

Adalah saya, telah mkn nasik DUA KALI hari ini. Sempena habis pantang, Pakcik korang ajak tido umah nenek onah. The rest is history.

Sudah timbang berat masa kat Brem Mall Kepong semalam.

BERAT SEMASA 82.9 dibundarkan jerlah jadi 83 kilo
[terutama setelah menghentam nasik sampai 2 kali ini hari]

Lupa nk snap gambar masa timbang tu, siap ada tinggi dgn BMI lagi. Kalut ribut, Asyraf berak kemain banyak! Pastu takmau dok diam sebab tak dapat nenen. Dan Makcik belum beli nursing cover, susahnya nak menenenkan anak. Sudahnya, selamba duduk atas kusi depan Metrojaya nak nyusukan Asyraf. Brem Mall adalah TIDAK MESRA BABY. Takde baby room!! Punya seksa nak basuh berak Asyraf, terpaksa masuk jamban orang cacat utk basuh berak Asyraf hokay!

Sepetang Makcik selongkar rumah nenek onah nak cari penimbang yg dpt hadiah kawin dulu. Untraceable!

So, gambar nombor atas penimbang akan diusahakan esok pagi. Gigih tau haku nk pi Giant Rawang tu terjah mana2 mesin penimbang yang ada. Esok jugak Makcik akan suruh si bibik tangkap gambar boyak aku. Nanti Makcik kasi tayang kat sini hokay!

So, ada sapa2 lagi dah kantoi mcm Makcik di hari pertama?

Hehehehehe

Monday, October 26, 2009

WARM UP : 99 HARI TANPA NASI

.
Nak warm-up apenyer kan?

Sesungguhnya, tarikh contest ini bermula adalah agak zalim bagi Makcik. Bayangkan, Makcik habis pantang adalah ngam-ngan 31 Oktober ni. Lepastu, esoknya [1 November] terus pulak tak dapat sedut 'oksigen' sampai 3 bulan! Hohohoho...


Gambar hiasan versi kecewa. Googled.
Tak dapatla Makcik balas dendam kat Lemang Tasik Puteri.

Tak bagi chance langsung Makcik nk berjoli-joli makan sana-sini dulu. Niat di hati nk mengqada' raya [kan Makcik menetas di hari raya kedua]. Bila Makcik cerita kat Pakcik pasal projekni, dia adalah senyum sumbing sambil menggeleng-gelengkan kepala! Adakah suami-suami anda juga begitu? Eeeiiii... bukan nak mintak tolong sponsor hadiah pon tawww... tolong sponsor semangat pon jadilah kan? [Hohoho... semangatlah sangat!]

Haruskah Makcik mensedekahkan belen-belen beras kat rumah ni kat fakir miskin? Biar Pakcik korang pon sama2 'terdiet'. Padan muka dia. Mencah? Takperrrr... dia memang tak gemar mkn nasik. Makan fishball jer hari-hari.


Gambar hiasan versi sesak nafas. Googled.
Macamni ker hidup Makcik 3 bulan akan datang?

Yang paling merisaukan buat masa ini adalah ASYRAF. Makcik kena pasang strategi elok2 supaya pengeluaran susu tak merudum sepanjang 3 bulan ini. Kasehan anak bujang ku ittew...

Sesapa ada petua diet tanpa menjejaskan penyusuan badan, sila kepochi di sini yer.

Daaaa!