Sesungguhnya, tarikh contest ini bermula adalah agak zalim bagi Makcik. Bayangkan, Makcik habis pantang adalah ngam-ngan 31 Oktober ni. Lepastu, esoknya [1 November] terus pulak tak dapat sedut 'oksigen' sampai 3 bulan! Hohohoho...
Gambar hiasan versi kecewa. Googled.Tak dapatla Makcik balas dendam kat Lemang Tasik Puteri.
Tak bagi chance langsung Makcik nk berjoli-joli makan sana-sini dulu. Niat di hati nk mengqada' raya [kan Makcik menetas di hari raya kedua]. Bila Makcik cerita kat Pakcik pasal projekni, dia adalah senyum sumbing sambil menggeleng-gelengkan kepala! Adakah suami-suami anda juga begitu? Eeeiiii... bukan nak mintak tolong sponsor hadiah pon tawww... tolong sponsor semangat pon jadilah kan? [Hohoho... semangatlah sangat!]
Haruskah Makcik mensedekahkan belen-belen beras kat rumah ni kat fakir miskin? Biar Pakcik korang pon sama2 'terdiet'. Padan muka dia. Mencah? Takperrrr... dia memang tak gemar mkn nasik. Makan fishball jer hari-hari.
Gambar hiasan versi sesak nafas. Googled.Macamni ker hidup Makcik 3 bulan akan datang?
Yang paling merisaukan buat masa ini adalah ASYRAF. Makcik kena pasang strategi elok2 supaya pengeluaran susu tak merudum sepanjang 3 bulan ini. Kasehan anak bujang ku ittew...
Sesapa ada petua diet tanpa menjejaskan penyusuan badan, sila kepochi di sini yer.
Daaaa!
1 comment:
haiyoooo..mak cik
boleh kea tak makan nasi weyy...
meh join akak minum Jus Mate 5
pasti puas hati...sure tak rasa nak makan nasi :D
Post a Comment